Justin Bieber Buat Hal Lagi

Justin Bieber leaving the Four Seasons wearing a scarf - Part 2

Gambar: TPGNEWS

 
Kali ini penyanyi remaja kelahiran Kanada itu seakan mencabar pihak berkuasa apabila menunjukkan kelakuan kurang sopan ketika melepasi pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Los Angeles (LAX).
 
Bintang muda itu dikatakan bukan hanya menjelirkan lidah malah menarik seluar pada bahagian kelengkangnya hingga mengakibatkan dia ditahan untuk siasatan.
 
Difahamkan Bieber ditahan selama lima jam tetapi tidak dapat dipastikan ia berikutan aksi tidak senonohnya atau petisyen daripada ramai rakyat Amerika Syarikat yang mahu kerajaan menghantarnya pulang ke negara asal.
 
Terdahulu, sikap liar serta pelakuan biadapnya mencetuskan pelbagai insiden membabitkan pihak berkuasa hingga mendapat reaksi ramai tetapi kritikan dan program kemasyarakatan yang diwajibkan ke atasnya tidak mengubah perangai Bieber.
 
 

Share via
Copy link