Kelincahan “Grease” Kembali

 

GREASE_4148_Photo_by_JEFF_BUSBY2

 

Masih ingat lagi filem Grease yang dibintangi John Travolta dan Olivia Newton-John? Filem era 70-an yang diangkat daripada Broadway pada 1972 itu mencetus fenomena tersendiri dan sehingga ke hari ini impaknya masih dirasai. Filem yang mencatat kutipan sebanyak $394,955,690 itu mempunyai barisan lagu yang cukup popular seperti Summer Nights, Sandy, Hopelessly Devoted To You, You’re The One That I Want, Greased Lightnin’ dan Grease Is The Word. Malah filem ini juga menerima lima pencalonan di Golden Globe termasuk bagi kategori Best Original Song dan satu pencalonan untuk Oscar bagi kategori yang sama.
 
GREASE52

Dan jika anda peminat setia filem ini tentunya ini adalah satu berita baik buat anda kerana teater muzikal Grease bakal dipentaskan di Grand Theatre, Marina Bay Sands, Singapura bermula dari 25 April sehingga 11 Mei 2014. Tiket dijual pada harga bermula daripada S$60 dan boleh dibeli menerusi www.BASEentertainmentasia.com atau www.MarinaBaySands.com/Ticketing.

 

Jom imbas kembali kelincahan aksi John Travolta dan olivia Newton John menari di dalam salah satu babak filem Grease.

 


 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link