Kerana Orang Ketiga, Ain Edruce Dikecewakan Buat Kali Kedua?

Cinta yang kembali kian memutik seakan tercalar semula pabila Ardiansyah menerima satu panggilan yang mana membuatkan memori lalu terimbas serta merta di fikiran Melissa yang pernah disakiti sebelum ini. Adakah mereka akan meneruskan perhubungan baru ini atau hentikan selamanya?

 

 

Ardiansyah sedar perubahan wajah Melissa selepas dia menerima panggilan daripada ibunya. Mereka berpisah lima tahun lalu kerana hubungan mereka tidak mendapat restu sang ibu. Ardiansyah patuh dengan perintah ibunya tetapi dia mengambil keputusan menjauh ke Jakarta. Selepas berpisah dengan ayahnya, ibu Adriansyah kembali pulang ke Malaysia.

 

Bagi Melissa, dia menyesal berlembut hati menerima undangan Ardiansyah. Panggilan telefon ibu lelaki itu seolah-olah isyarat atau peringatan pada dirinya. Melissa tidak mahu terluka buat kali kedua. Dia tidak lagi melayan panggilan Ardiansyah. Sehinggalah Ardiansyah terpaksa menunggunya di luar bangunan. Mereka bersemuka dan Melissa berkeras undur diri.

 

Tonton video penuh Episod 3 Inspirasi Cinta : Kamu Untuk Aku di bawah. Untuk kesemua episod, sila layari www.inspirasi-cinta.com.

 

 

*Blu Inc Media Sdn. Bhd membawakan kepada anda pameran pengantin Inspirasi Cinta bermula 9 April nanti sehingga 22 April di Pavilion Kuala Lumpur. Sejajar dengan itu, enam majalah di bawah satu bumbung Blu Inc Media termasuklah EH!, GLAM, GLAM Lelaki, GLAM Deko, COSMOPOLITAN dan Jelita mempersembahkan kisah cinta mini drama gandingan hebat Miller Khan dan Ain Edruce yang mempunyai 4 episod kesemuanya.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link