Artis Popular Berniaga

 
izzue

niaga
 
Kehadiran Ramadan turut membuka pintu rezeki buat mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan tidak terkecuali golongan selebriti. Selain menjual secara online, rata-rata tidak kisah membuka gerai di bazar sama ada sepanjang puasa atau hanya pada hujung minggu.
 
Festival Bazar Ramadan GM Klang antara lokasi yang dimeriahkan gerai jualan artis membabitkan Black Hanifah, Izzue Islam, DJ Lin, Siti Nordiana, Zul Yahya dan kumpulan Rabbani. Bersama lebih 30 lagi peniaga, masing-masing menawarkan aneka pilihan barangan persediaan Syawal buat seisi rumah pada harga berpatutan. Istimewanya, pada setiap hujung minggu bermula awal Ramadan hingga 26 Julai mereka akan muncul secara bergilir menghiburkan pengunjung serta memberikan banyak hadiah menarik.
 
Tentunya peminat mereka juga turut mengambil peluang untuk bertemu dengan artis kegemaran popular dan ingin sekali mencuba produk atau hasil jualan yang dipromosikan oleh selebriti. Pembabitan artis dalam perniagaan bermusim ini secara tidak langsung mendorong peminat atau generasi muda mencuba bidang ini.
 
Ramai juga artis yang menggunakan platform media sosial untuk memperkenalkan produk mereka ataupun membantu mempromosikan produk yang mereka suka. Melalui testimonial secara tidak langsung dapat melariskan serta membantu menarik minat orang ramai terutama peminat untuk mencuba dan membelinya.
 
Sebelum ini, terdapat juga beberapa karnival beli-belah yang dianjurkan dan mendapat sokongan selebriti popular menyertainya dan ada diantara mereka yang turut menjual barangan kolaborasi dengan jenama tertentu atau barangan pre-loved masing-masing dan menyalurkan hasil jualan kepada badan kebajikan. Sama ada mencari rezeki di bulan mulia ini dan mahupun beramal jariah, usaha mereka bukan saja murni tetapi turut memeriahkan lagi suasana menjelang Aidilfitri.
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link