Artis & Hotel KL Journal Raikan Kanak-kanak Al-Firdausi

kl journal

 

Sebelum kehadiran Syawal, Ramadan yang baru berlalu menjadi ruang paling bermakna buat kita untuk memperbanyakkan ibadah serta beramal buat yang kurang berkemampuan. Atas dasar ingin membantu dan juga memeriahkan sambutan menjelang raya, Hotel Kuala Lumpur Journal, Bukit Bintang dengan kerjasama Highlight Media Venture dan Peek-A-Box telah menganjurkan acara amalnya yang tersendiri dan baru-baru ini pada 6 Jun lalu telah meraikan sekumpulan anak-anak dari Persatuan Kebajikan Al-Firdausi bersama beberapa artis yang telah menjayakan program bazar Rayamode 2018.

 

kl journal

Datin Diana Danielle melayan tetamu istimewa dengan hidangan Selera Malaya dari Hotel KL Journal.

Melalui bazaar dua hari yang berlangsung pada hujung minggu 2-3 Jun itu, sebahagian dari kutipan telah disalurkan buat anak-anak Al-Firdausi. Penyertaan barisan artis termasuk Datin Diana Danielle, Fazlina Ahmad Daud, Serina Redzuawan, Dayah Bakar, Deja Moss, Fadlan Hazim, Anis Al-Idrus, Syainie Shuhaimi, Shafieq Shazwan dan Bee Ramza.

 

KL Journal

Wakil dari Hotel KL Journal, selebriti, wakil Persatuan Kebajikan Al-Firdausi, wakil Peek-A-Box dan wakil KL Hop-On Hop Off bergambar bersama.

KL Journal

Selebriti yang hadir bersama anak-anak Al-Firdausi bergambar bersama.

 

Pada majlis berbuka puasa yang berlangsung beberapa hari selepas bazar menyaksikan wajah-wajah riang menikmati hidangan enak sajian Selera Malaya oleh Hotel Journal sambil dilayan mesra oleh Datin Diana Danielle yang hadir bersama suami Datuk Farid Kamil serta dua anaknya Muhammad dan Nur Aurora, Fazlina Ahmad Daud dan Syainie Shuhaimi. Datin Diana turut menghiburkan tetamu pada majlis itu dengan mendendangkan istimewa lagu raya.

 

Pengalaman yang cukup mengujakan buat anak-anak ini dapat menaiki bas dua tingkat keliling Kuala Lumpur sebelum pulang.

 

Selain dari mendapat duit raya, anak-anak Al-Firdausi yang datang dari keluarga asnaf, yatim dan juga kurang upaya turut berpeluang jalan-jalan menikmati suasana Kuala Lumpur dengan menaiki bas KL Hop-On Hop-Off dari kediaman ke hotel dan pulang semula. Selain KL Hop-On Hop-Off, penganjur turut merakam penghargaan buat Blu Inc Media dan kesemua vendor tempatan serta selebriti yang telah menjayakan Rayamode serta kelas tutorial yang diadakan pada hujung minggu tersebut.

 

KL Journal

Serina Redzuawan, Datin Diana dan Dayah Bakar menyokong produk jualan masing-masing di bazar Rayamode yang berlangsung pada hujung minggu sebelumnya.

 

Menurut Datin Diana yang menyokong usaha murni pihak penganjur dalam kerja amal ini amat berbesar hati kerana dijemput turut serta di bazaar Rayamode serta bertemu dengan kanak-kanak Al-Firdausi. Fazlina Ahmad Daud yang turut menerima kejutan harijadi oleh penganjur dan tetamu amat terharu dan gembira berpeluang meraikannya bersama anak-anak Al-Firdausi serta teman.

Rayamode menawarkan pelbagai produk persiapan raya menarik daripada vendor tempatan.

Fadlan Hazim tidak melepaskan peluang turut serta bersama keluarga menjual kuih raya di Rayamode.

Shafieq Shazwan dan teman turut serta menjual koleksi baju eksklusif serta kuih raya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

kl journal

Anis Al-Idrus bersama produk jualannya di Rayamode. 

 

 

 

Foto: The Kuala Lumpur Journal Hotel & HMV

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link