Lebih 30 Tahun Menabur Bakti, Pemilik Suara Minnie Mouse Meninggal Dunia

Pemilik suara watak kartun Disney “Minnie Mouse”, Russi Taylor meninggal dunia di Glendale California pada Jumaat lalu.

 

Gambar: tvline.com

 

Menurut kenyataan daripada syarikat Walt Disney, Taylor yang telah berkhidmat sebagai pengalih suara selama lebih 30 tahun itu meninggal dunia pada usia 75 tahun.

 

Selain siri televisyen, mendiang juga turut menabur jasa dalam industri filem serta taman tema animasi yang menampilkan Minnie Mouse sejak tahun 1986.

 

Taylor yang juga isteri kepada pelakon suara watak “Mickey Mouse”, Wayne Allwine turut menyumbang suara kepada salah satu watak dalam The Simpsons iaitu Martin, rakan sekelas Bart Simpson.

 

 

Gambar: pressfrom.info

 

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Disney, Bob Iger dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu berkata, selama leih dari 30 tahun, Minnie dan Taylor bekerjasama menghiburkan berjuta-juta peminat di seluruh dunia, ia menjadikan Minnie sebagai ikon global dan Taylor bagaikan sebuah lagenda Disney yang dikasihi peminatnya.

 

Untuk rekod, Taylor dilahirkan di Cambridge, Massachusetts pada 4 Mei 1944 dan telah dipilih daripada 200 calon bagi membawa suara Minnie dalam satu uji bakat yang diadakan pada tahun 1986.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link