Kim Tae Hee Hantar Trak Kopi Ke Lokasi Penggambaran Rain

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Aktres, Kim Tae Hee telah menunjukkan sokongan manis buat suaminya, Rain yang sibuk di set penggambaran. 

 

Gambar : Sumber Google

 

Pada 12 Ogos lalu, Kim Tae Hee telah menghantar sebuah trak kopi di lokasi penggambaran filem lakonan suaminya yang berjudul Uhm Bok Dong.

 

 

Syarikat trak makanan itu telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi Instagram dan menulis, “Isteri kepada Jung Ji Hoon (Rain) dan aktres tercantik iaitu Kim Tae Hee telah menghantar trak kami ke set penggambaran Jeonju. Selepas makan tengah hari, kami menyediakan minuman kopi, ais kisar dan churros.”

 

Dilihat menerusi kain sepanduk yang dipaparkan di atas trak tersebut Kim Tae Hee turut menulis, “Awak telah bekerja keras dalam cuaca yang sangat panas!!! Semua pelakon dan staff semoga kekal bertenaga sampai ke akhirnya. Uhm Bok Dong menanti!”

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link