Kisah Kamal dan Intan berpuasa

Pasangan selebriti tempatan Kamal Adli dan Intan Ladyana sempat berkongsi pengalaman puasa dan beraya mereka dengan team EH!

Kamal Adli

Gambar: gua.com.my

Mula berpuasa?
Umur 5 tahun.

Pasar Ramadan yang anda mesti kunjungi?
Biasanya di sekitar kawasan rumah sahaja di Bangi.

Peranan dalam keluarga bagi persiapan raya?
Tiada yang spesifik tapi kalau pulang beraya di kampung saya akan membantu apa yang patut.

Lagu raya kegemaran?
Pulanglah – Aisyah.

Pernah berhari raya tanpa keluarga?
Tidak pernah dan kalau boleh memang tak mahu berjauhan dengan keluarga ketika lebaran.

Intan Ladyana

Gambar: beautifulnara.com

Lagu raya kegemaran?
Dendang Perantau – P.Ramlee & Satu Hari Di Hari Raya – M. Nasir.

Kuih raya kegemaran?
Tat nenas, batang buruk, baulu dan dodol.

Pasar Ramadan yang wajib dikunjungi?
Pasar Ramadan TTDI Damansara sebab meriah dan banyak pilihan makanan yang menyelerakan! Saya akan cari ayam percik sebagai juadah utama ketika berbuka.

Pernah berhari raya tanpa keluarga?
Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah menyambut Aidilfitri tanpa keluarga di sisi. Walau jauh mana pun saya berada, saya akan pastikan pulang ke kampung setiap tahun. Tiada perbezaan daripada sebelum dan selepas saya menjadi selebriti.

 

Ramai lagi selebriti yang berkongsi pengalaman puasa dan raya mereka dalam majalah EH! edisi Julai.

Share via
Copy link