Komen Jahat Dan Fitnah BTS, Agensi Pengurusan Ambil Tindakan Undang-Undang

Gambar: Pinterest

 

Impak yang ditinggalkan kumpulan K-pop terkemuka, BTS di seluruh dunia sememangnya luar biasa dan menjadi fenomena dalam pelbagai perkara, namun Big Hit Entertainment sekali lagi menegaskan yang pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan provokasi dan melontarkan komen jahat terhadap artis naungan mereka.

 

Menurut sumber daripada Allkpop, agensi tersebut juga telah mengeluarkan notis memaklumkan mengenai perkembangan terkini beberapa laporan yang di terima sejak awal tahun lalu dalam kenyataannya di laman sosial.

 

Sementara itu, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mencemarkan nama baik artis mereka malah tidak akan memaafkan perlaku berkenaan.

 

Gambar: wallpapercave.com

 

“Data dikumpulkan melalui pemantauan kami sendiri bersama akaun Big Hit dan laporan akan diserahkan kepada polis, yang akan menyiasat berdasarkan data.

 

“Seperti biasa, kami tegaskan tiada sebarang belas kasihan atau tawaran. Kami meminta kerjasama peminat dan akan bekerja keras melindungi hak-hak artis kami,” ujarnya.

 

Gambar: pixelz.cc

 

Dalam pada itu, Big Hit turut mengingatkan pengguna laman sosial supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat serta menulis sesuatu yang boleh merosakan imej BTS serta menimbulkan fitnah terhadap kumpulan berkenaan.

 

Untuk rekod, BTS yang dianggotai tujuh ahli kumpulan itu mempunyai peminat yang digelar ARMY di seluruh dunia dan menjadi kumpulan K-pop pertama yang berjaya mengungguli carta Amerika Syarikat dan Britain.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link