Komposer Johan Nawawi, Suami Kepada Nora Ariffin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Penyanyi terkenal Nora Ariffin terkilan kerana hasratnya untuk menyambut ulang tahun perkahwinan ke-25 bersama suaminya Johan Nawawi yang juga merupakan seorang komposer tidak kesampaian pabila suaminya sudah pergi buat selamanya akibat serangan jantung. 

 

Gambar : Instagram Nora Ariffin

 

Johan menghembuskan nafas terakhir di pusat perubatan Ramsay Sime Darby Subang Jaya kira-kira pukul 6.30pagi hari ini, Jumaat. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 11.30malam semalam selepas tahap kesihatannya semakin teruk berikutan dirinya tampak kurang sihat pada hari Rabu (22 Mac).

 

Nora kemudiannya membawa suaminya ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan doktor menasihatkan untuk membawanya ke hospital, namun ditolak oleh suaminya. Semalam mereka nekad untuk membawa Johan ke hospital kerana melihat kondisinya yang tidak meyakinkan.

 

“Saya bawa dia ke hospital pada malam tadi dan terus ditahan di wad kecemasan, saya minta bilik eksekutif tapi penuh. Jadi saya terpaksa balik, selepas itu kira-kira pukul 5.30 pagi pihak hospital telefon beritahu arwah dalam keadaan tenat. Bila saya sampai, doktor beritahu arwah sudah meninggal dunia. Pada mulanya saya seakan-akan tidak percaya minta mereka buat pemeriksaan sekali lagi. Tapi saya reda dia pergi ke tempat yang lebih baik,” ujarnya kepada mStar Online.

 

Nora dan allahyarham suaminya merancang untuk mengadakan majlis istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan mereka pada 9 April. Bahkan, Johan turut mahu menggayakan pakaian tuksedo pada hari tersebut.

 

Gambar : Instagram Johan Nawawi

 

“Dia ada merancang untuk mengadakan persembahan pada majlis ulang tahun perkahwinan kami April depan. Dia kata nak pakai tuksedo pada hari itu dan saya pakai baju Azura. Ia seperti meraikan kembali perkahwinan kami. Namun perancangan Allah itu kita tidak tahu,” katanya.

 

Nora turut menyatakan yang mana suaminya tidak menghidapi sebarang penyakit kronik dan hanya kencing manis. Bahkan, Nora sendiri sering memantau gaya pemakanannya. Penyanyi terkenal ini juga menyifatkan suaminya sebagai seorang yang penyayang serta kuat bekerja.

 

Jenazah akn dimandikan di Masjid Kg Tunku, Petaling Jaya. Terima kasih.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

 

Nora sendiri ingin memastikan bahawa segala usaha allahyarham di dalam beberapa projek akan tetap diteruskan sehingga berjaya. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Jumaat hari ini.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link