Kontroversi Dan Momen Terbaik Dalam Industri Hiburan Sepanjang 2017

 

Sebelum 2017 menutup tirai, jom kita imbas kembali kontroversi paling hangat yang pernah berlaku serta momen terindah yang dikongsi dalam dunia hiburan tempatan sepanjang tahun ini.

 

Tentu sekali ada banyak kontroversi dan momen terbaik yang menjadi trending dan tular sepanjang tahun 2017. Sebelum kita semua melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan lalu, EH! ingin flashback segala kisah pahit dan manis, yang menjadi perbincangan hangat di media sosial untuk tahun ini.

1 of 31
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Fattah dan Fazura

 

 

Kita mulakan dengan kisah percintaan pelakon hebat Nur Fazura dan Fattah Amin. Pada mulanya ia hanya sekadar mencipta chemistry, Fazura dan Fattah mengakui rapat atas dasar gandingan bersama dalam drama bersiri popular, Hero Seorang Cinderella.

 

Mereka kemudian dilihat semakin rapat dan kerap memuat naik foto bersama di laman sosial. Khabar angin mengatakan mereka bakal bertunang dan bernikah tersebar tetapi masing-masing ketika itu masih merahsiakannya. Bagaimanpun Fattah dan Fazura telah mengadakan sidang media selepas pulang dari menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing.

 

Pada sidang media tersebut, Fattah dan Fazura mengakui telah bertunang pada 13 November secara tertutup di rumah keluarga Fazura dan berangkat ke Mekah pada 15 November. Fattah menafikan mereka telah bernikah di Mekah selepas itu.

 

Malaysia sekali lagi digemparkan apabila menerima berita yang Fazura dan Fattah telah selamat bernikah pada 27 November secara tertutup di sebuah hotel di ibu kota. Mereka mengatakan majlis resepsi buat peminat dan media akan berlangsung pada awal tahun 2018.

Share via
Copy link