Kylie Jenner Sambut Ulang Tahun Kelahiran Atas Kapal Mewah Equanimity

Selebriti popular serta bintang realiti televisyen dari Amerika Syarikat, Kylie Jenner difahamkan akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22 di atas kapal mewah “Equanimity” hujung bulan ini.

 

Gambar: gotceleb.com

 

 

Menurut laporan daripada portal berita antarabangsa TMZ, pengasas produk kosmetik, Kylie Cosmetics itu menyewa kapal berkenaan yang kini telah dijenamakan semula sebagai “Tranquility”.

 

Lapor portal itu, kapal berkenaan mampu menampung kira-kira 22 tetamu dan 29 kru namun tidak disahkan lagi siapa yang akan berlayar bersama Kylie pada majlis tersebut.

 

Caj yang dikenakan untuk seminggu pelayaran adalah sekitar AS$1.2 juta, malah kapal mewah itu juga turut dilengkapi dengan pad pendaratan helicopter, 10 kabin, bilik teater, jakuzi, sauna serta kolam renang.

 

 

Kylie yang menubuhkan Kylie Cosmetics dilaporkan mempunyai kekayaan bernilai AS$1 bilion (RM4.19 bilion) sekali gus menjadikannya sebagai bilionair termuda dalam sejarah, lapor Forbes.

 

Untuk rekod, sebelum ini Kapal Equanimity adalah milik Jho Low yang dirampas oleh kerajaan Malaysia kerana ia merupakan salah satu barang mewah yang disita sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pengubahan wang haram dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Dalam pada itu, kapal tersebut juga turut ditahan pada Februari 2018 di Bali oleh pihak berkuasa Indonesia atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas skandal 1MDB.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link