Lagi Selebriti Tempatan Berhijab

Oleh: Farhana Fuad

 

 

Perubahan itu pasti ada pada setiap orang. Tidak kira siapa dan bila. Namun, perubahan seseorang selebriti itu akan lebih tampak ketara apabila mereka mula melakukan penghijrahan dari segi penampilan mereka.

 

Baru-baru ini, ramai lagi selebriti terbaru yang mula menukar imej terbaru mereka dengan berhijab sepenuhnya. EH! senaraikan selebriti tempatan terkini yang mula berhijab.

 

Syatilla Melvin

capture-20151113-195601

 

capture-20151113-195644

 

capture-20151113-200616

Gambar: Instagram Syatilla Melvin

 

Pelakon wanita jelita ini mengambil keputusan untuk berhijab atas gerakan hatinya. Katanya lagi ia bukan atas sebab untuk berkahwin seperti yang dihebohkan tentang dia sudah bersedia untuk ke alam perkahwinan.

 

“Saya tahu orang akan bertanya dan menganggap keputusan bertudung ini kerana ada perancangan untuk berkahwin, namun saya jelaskan di sini ia bukan sebab itu. Ia bukan atas desakan mana-mana pihak, niat itu datang dari hati saya ketika berada di kampung dua minggu lalu”

 

“Tentang memasuki alam rumah tangga, saya memang sudah bersedia, namun jodoh sahaja belum sampai, saya masih berdoa dipercepatkan jodoh,” ujar Syatilla kepada mStar Online. Menurutnya lagi, niat memakai hijab itu hadir ketika dia merenung dirinya di hadapan cermin dan memikirkan tentang ada yang terkurang pada penampilannya dan dari situ hatinya terdetik untuk mula berhijab.

 

Liza Hotfm

capture-20151113-195250

 

capture-20151113-195151

Gambar: Instagram Liza Hotfm

 

Siapa yang tidak kenal pada deejay radio Hotfm ini. Jurusampai radio Hotfm, Liza dikatakan tampil berhijab di Fiesta Muslimah BH yang lalu. Rakan sekerjanya, Fara Fauzana turut bergembira dengan penghijrahan Liza dan memuatnaik antara gambar terawal Liza yang sudah bertudung litup.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link