Lee Min-ho Bertemu Peminat Malaysia

057xx

Ini bukanlah kali pertama aktor kacak tinggi lampai ini datang ke Malaysia, malah kunjungan kali ketiganya ini yang dibawakan khas oleh OSIM ternyata diberikan sambutan yang meriah dan cukup bermakna buat peminat-peminatnya di sini.
 
Lee Min-ho yang bekerjasama dengan OSIM selaku duta produk terbaru kerusi uDiva hadir pada sesi bertemu peminat yang dianjurkan khas oleh OSIM. Beberapa peminat bertuah diberi peluang untuk mendekati Min-ho melalui “permainan” istimewa yang telah diatur oleh penganjur.
 
032xxx 019xx
 
“Saya cinta kamu,” ujar Min-ho kepada ratusan peminatnya yang berada di Pusat Konvensyen KLCC itu. Selain itu, aktor yang popular melalui drama Boys Over Flowers dan terbaru The Inheritors ini juga menyatakan dia suka dengan selera tempatan terutamanya satay dan nasi lemak.
 
Selepas sesi bertemu peminat, Min-ho turut meluangkan masa bertemu media tempatan dan berbicara serba sedikit mengenai perkembangan kerjayanya yang bakal muncul dalam filem Gangnam Blues tidak lama lagi selain bakal muncul dengan album solonya juga.
 
067x 076x
 
“Kerja saya tidak menentu dan sememangnya menggunakan kerusi uDiva bila ingin berehat di rumah. Tetapi ibu saya lebih banyak menggunakannya dan amat menyukainya,” jelas Min-ho yang menyukai program spa, relax dan stretch kala bersantai dengan uDiva.
 
Jika berpeluang untuk bercuti di Malaysia satu hari nanti, Min-ho yang terpegun dengan kecantikan foto Pulau Tioman ingin sekali untuk berkunjung ke pulau dan bersantai di pantai yang indah.
 
Jika anda juga ingin nikmati waktu santai dengan uDiva seperti Lee Min-ho boleh dapatkan OSIM uDiva yang menampilkan Teknologi Urutan Bebola-Kuasa 3D dalam rekaan menarik dan variasi tiga warna untuk dipadankan dengan dekorasi kediaman.
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link