Lock The Date Raya Ini! Meriahkan Lagi Raya Anda Dengan Showcase JOM RAYA Cosmopolitan X EH!

Istimewa buat Aidilfitri kali ini, EH! dan Cosmopolitan bakal menampilkan showcase raya paling havoc untuk meriahkan lagi lebaran anda. Anda boleh tonton di mana sahaja anda berada, yang paling penting pastikan anda subscribe YouTube EH! Malaysia.

 

 

JOM Raya Cosmopolitan X EH! yang diraikan bersama Sasa Malaysia merupakan sebuah showcase yang menampilkan lapan orang selebriti popular tanah air. Bukan hanya persembahan lagu raya, anda juga bakal menyaksikan beberapa game dan trivia raya bersama selebriti jemputan yang pastinya bakal menghiburkan lagi syawal anda bermula raya pertama hingga ke raya ketiga.

 

Ini adalah showcase raya yang EH! dan Cosmopolitan tampilkan buat julung kalinya. Ia semestinya tidak lengkap jika tanpa kehadiran artis jemputan yang mana dibarisi Izzue Islam, Kilafairy, Sissy Imann, Bella Astillah, Indah Ruhaila, Shalma Ainaa, Hafeez Mikail dan Kucaimars.

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link