Malam Gemilang EH! Top 20

Oleh: Nur Sofea

 

 

Malam tadi telah berlangsungnya parti EH! Top 20 yang menampilkan barisan selebriti muda tempatan yang pastinya akan menjadi pelopor baru dalam industri hiburan tanah air. Turut membantu dalam merealisasikan malam gemilang ini adalah Aloft Kuala Lumpur Sentral, Cell Labs, Sembonia Malaysia, The Face Shop Malaysia dan The Travel Store Malaysia.

 

Pastinya ia merupakan momen yang tidak boleh dilupakan buat pembaca dan peminat setia majalah EH! Sebelum ini, majlis yang berlangsung setiap tahun ini dinamakan EH! 20 Yang Anggun tetapi tahun ini tampil dengan nama baru iaitu EH! Top 20. Kali ini EH! bersetujui untuk meraikan barisan selebriti yang sedang menempa nama di dalam persada seni tanah air.

 

Antara barisan selebriti EH! Top 20 tahun ini ialah Amyra Rosli, Shukri Yahaya, Atikah Suhaime, Daiyan Trisha, Indah Ruhaila, Azrel Ismail, Nur Risteena, Aisyah Aziz, Addy Ashraf, Nazrief Nazri, Jihan Muse, Hafreez Adam, Dahlia Shazwan, Raysha Rizrose, Sarah Hildebrand, Hani Fadzil, Ungku Ismail Aziz, Kaka Azraff, Hael dan Azhar (Azhael).

 

Turut hadir memeriahkan majlis, rakan selebriti antaranya Ryzal Jaafar, Nadiya Nisaa, Sazzy Falak, Gambit Saifullah, Hunny Madu, Syarifah Amani, Sean Lee, Ayda Jebat dan ramai lagi.

 

Para pembaca turut dihiburkan dengan persembahan dari barisan selebriti antaranya Kaka Azraff yang mendendangkan dua buah lagu Lean On Me dan lagu single terbarunya yang kian hit kini Bukan Hal Aku bersama Alif, Defam dan Ayda Jebat. Sebelum acara bermula para pembaca turut dihiburkan dengan persembahan dari You and Me buskers.

 

Istimewanya lagi, pembaca berpeluang untuk bergambar bersama selebriti kesayangan mereka di photo booth Sembonia yang merupakan antara penaja utama EH! Top 20.

 

EH! kongsikan gambar di sekitar malam EH! Top 20.

 

Share via
Copy link