Malaysia Airlines Tampil Filem Pendek #flyinghigh

Oleh: Farhana Fuad

Gambar: www.valuewalk.com

Malaysia-Airlines-Boeing-B777-200-Flight-MH370

Jika awal dan pertengahan tahun ini sudah cukup memberikan dugaan besar buat syarikat penerbangan terkenal dunia dan tanah air kita ini, Malaysia Airlines kini tampil dengan filem pendek gandingan bersama lagu latar oleh penyanyi muda terkenal dunia Yuna Zarai bertajuk Langit #flyinghigh.

 

Filem pendek yang dibawa oleh Malaysia Airlines ini membawa mesej “terus cekal dan terbang tinggi di langit” dalam mencipta pedoman buat rakyat Malaysia khususnya untuk terus cekal dan yakin dalam mengejar cita-cita yang mungkin kita tidak pasti akan tingginya.

 

Aura yang cukup sentimental dan menusuk dalam filem pendek yang berdurasi sembilan minit 39 saat ini sungguh menyentuh perasaan tatkala mengenang nasib MH370 yang masih dicari dan MH17 yang ditembak jatuh dalam nahas di sempadan Ukraine dan Rusia pada Julai lalu. Sebanyak 298 orang termasuk anak kapal menjadi mangsa yang tidak bersalah dalam nahas tersebut sudah cukup buat syarikat penerbangan ini di tuding jari atas insiden yang berlaku. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir kerana semua yang hidup pasti akan menemui ajalnya cepat atau lambat.

 

Filem pendek ini diarahkan oleh Linus Chung dan Mohd Hisham Saleh manakala lagu latar yang juga single terbaru khas merupakan ciptaan Yuna dan AG Coco.

 

Jom tonton filem pendek Terbang #flyinghigh disamping mengenang nasib yang berlaku pada Malaysia Airlines serta mereka yang pergi atas tindakan mereka yang tidak berkeperimanusiaan.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link