Menang di Influencer Awards 2019, Usaha Neelofa Sejak 2014 Terus Dihargai

                                          Gambar: Neelofa

Bintang Neelofa terus bersinar, terkini dia menerima anugerah influencer terbaik bagi kategori keusahawanan menerusi produk Naelofar. “Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini. Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” kongsi Neelofa dalam catatannya buat media sebaik sahaja memenangi anugerah yang berlangsung di Monte Carlo ini.

 

Bintang Neelofa terus bersinar, terkini dia menerima anugerah influencer terbaik bagi kategori keusahawanan menerusi produk Naelofar. “Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini. Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia m Kongsinya lagi, dia sangat teruja diiktiraf menerusi anugerah berkenaan memandangkan setiap penerima yang menerima anugerah tersebut ditentukan sendiri oleh juri dan barisan calon setiap kategori datang dari seluruh dunia.

 

 

Menurut Neelofa, bisnes hijab yang diusahakan sejak 2014 dan fokusnya kepada dunia fesyen modest telah membuka peluang untuknya mengembara dan memperkenalkan Malaysia ke persada dunia. “Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini rupa. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini merupakan titik tertinggi dalam karier bisnes saya setakat ini. Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform buat saya memperkenalkan negara kita dan modest fashion kepada orang luar,” katanya yang menggayakan busana putih rekaan Datuk Rizalman Ibrahim dan disolek oleh Khir Khalid pada malam anugerah tersebut.

 

 

Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung malam tadi ada yang kedua dianjurkan dan direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters. Di acara yang berlangsung di Hotel Meridien Beach Plaza, Monte Carlo ini, sebanyak 27 anugerah telah disampaikan. Antara yang menerima anugerah pada malam tersebut ialah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori gaya hidup) dan Mario Dedivanovic yang merupakan jurusolek kepada Kim Kardashian untuk kategori Make-Up Artist influencer.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link