Miley Cyrus Dan Liam Hemsworth Sah Bergelar Suami Isteri Menerusi Sebuah Majlis Perkahwinan Tertutup

Akhirnya, pasangan sejoli ini mengesahkan perkahwinan mereka yang diadakan secara mengejut dan tidak diketahui ramai.

 

 

Bintang Pop Amerika Syarikat, Miley Cyrus kini sah menjadi isteri kepada aktor Australia yang mana juga kekasih lamanya iaitu Liam Hemsworth. Berita itu disahkan pabila Miley berkongsi gambar-gambar di majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Ahad lalu.

 

View this post on Instagram

This is probably our one – millionth kiss ….

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

 

Pasangan ini bersama hampir satu dekad dan mereka bertemu ketika di set penggambaran filem The Last Song. Meskipun kediaman mereka telah hangus dijilat api akibat kebakaran hutan California sebelum ini, namun majlis perkahwinan mereka turut berlangsung dengan cukup intim yang mana diadakan di kediaman lain milik Miley di Franklin, Tennessee.

 

View this post on Instagram

12.23.18

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

 

Ia merupakan satu majlis perkahwinan yang sangat kecil, dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Pasangan ini bertunang pada tahun 2012 tetapi kemudiannya berpisah beberapa tahun selepas itu. Mereka dilihat kembali bersama pada tahun 2015 dan mengumumkan yang mereka kembali mengikat tali pertunangan.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link