Miller Khan Kongsi Pengalaman Seram Ketika Penggambaran Hide & Seek Minako

Ketika penggambaran filem seram Indonesia ini, Miller Khan akui mengalami situasi meremang bulu roma tatkala jam 3 pagi.

 

 

 

Gambar : Youtube Petak Umpet Minako

 

Hide & Seek Minako atau di Indonesia ia bertajuk Petak Umpet Minako merupakan satu buah tangan terbaharu Miller Khan buat Malaysia pabila filem seram tanah seberang itu bakal ditayangkan di pawagam TGV bermula 28 Februari 2019 (esok).

 

 

“Saya berharap filem seram ini boleh jadi salah satu filem box office di sini sekaligus dapat memberikan idea untuk sekuel. Semoga ia diterima baik di kalangan peminat filem seram di Malaysia,” ujar Miller pabila ditanya tentang harapannya terhadap filem lakonannya itu.

 

Filem seram arahan Billy Christian itu sebenarnya telah dilancarkan di Indonesia pada tahun 2017 lagi, namun kini ia dibawa terbang ke sini untuk tontonan peminat di Malaysia. Miller yang sememangnya anak kelahiran Kuala Lumpur ini sekaligus menjadikannya sebagai satu tarikan untuk filem ini ditayangkan di sini.

 

 

Bintang kacak bertubuh tinggi sasa yang kini aktif berlakon di Indonesia ini sendiri mendedahkan yang mana ketika penggambaran filem itu dia dan krew produksi turut mengalami insiden seram pabila salah seorang krew perempuan mereka telah dirasuk ‘kuntilanak’ pada jam sekitar 3 pagi.

 

Lokasi bangunan lama yang pernah terbakar sebelum ini menjadi tempat filem ini dirakamkan.

 

Ujar Miller, “Cabaran yang kami alami ketika penggambaran itu adalah pabila lokasi yang ditetapkan adalah bangunan terbakar dan lama. Ia berdebu serta strukturnya juga sudah tidak lagi stabil, menambahkan lagi cabaran untuk adegan semi action berlari dan lain-lain. Bukan itu sahaja, malah waktu tidur kami juga terbalik kerana proses penggambaran hanya bermula dari jam 6 petang sehingga 6 pagi keesokkannya.”

 

 

So are you ready to watch it? Tonton di pawagam TGV berdekatan anda bermula 28 Februari ini!

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link