Nabila Razali Idam Lelaki Pembersih Dan Wangi!

 

Meskipun masih belum menginjak usia 30 tahun, Nabila Razali atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Mohd Razali sentiasa dikirimi pertanyaan berkenaan jodoh.  Walau tidak pernah luak menerima soalan berkenaan, Nabila sebelum ini pernah mewawarkan yang beliau sanggup menerima sesiapa sahaja untuk dijadikan pasangan hidup andai jodohnya telah tertulis.

 

Malah, Nabila juga difahamkan tidak kisah sekiranya jodohnya kelak bersama artis mahupun golongan kenamaan.

 

Menurut laporan daripada Rotikaya, Nabila dikatakan suka kepada lelaki yang pembersih, menjaga penampilan, setia dan pewangi.

 

“Kalau boleh lelaki tu biarlah sentiasa wangi, bersih dan setia,” katanya.

 

View this post on Instagram

Alia B. 💙 #KLFW2019 📷 : @mhaakim_

A post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on

 

Bukan sekadar cantik, graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang ini juga amat berbakat dalam dunia nyanyian selepas bakatnya digilap dalam program realiti Akademi Fantasia 2013.

 

Memasuki tahun ketujuh dalam industri hiburan tanah air, Nabila kini telah menghasilkan 6 buah lagu termasuk satu single duet bersama Priscilla Abby yang bertajuk “Cahaya Juara” untuk OST Lee Chong Wei: Rise of the Legend.

 

Berkongsi tentang perkembangan terbarunya, Nabila kini difahamkan sedang berjinak menceburi bidang perniagaan malah bakal mengeluarkan jenama tudungnya sendiri tidak lama lagi.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link