Nazim Othman dan Bella Dally Bertunang

Oleh: Farhana Fuad

Gambar: Instagram Bella Dally

 

1

 

Pasangan selebriti yang umumnya tahu tentang perhubungan cinta mereka sejak sekian lama, Nazim Othman dan Bella Dally selamat mengikatkan tali pertunangan mereka menurut laporan HLIVE.

 

3

 

Mereka mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di kediaman Bella Dally yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Kedua-dua pasangan ini sememangnya mempunyai perhubungan cinta sejak beberapa tahun lalu dan pernah berpisah pada bulan Mac tahun 2014.

 

2

 

Namun hubungan mereka beransur pulih dan kembali bersama. Kini mereka mengambil jalan untuk melangkah ke perhubungan yang lebih serius iaitu perkahwinan.

 

Semoga ikatan pertunangan Nazim dan Bella dilindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini dan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link