Neelofa Kini Punya Pengikut Paling Tinggi Di Instagram

Neelofa akhirnya berjaya mengatasi jumlah pengikut Nora Danish, catatan jumlah pengikutnya menghampiri angka 5 juta.

 

 

Neelofa akhirnya berjaya menjadi selebriti yang mempunyai jumlah pengikut terbanyak di Instagram dengan jumlah pengikut mencecah 4.9 juta pengikut. Jika sebelum ini Nora Danish mendahului sebagai selebriti dengan pengikut tertinggi, tetapi kini tidak lagi. Setakat hari ini jumlah pengikut Nora Danish ialah 4.8 juta pengikut.

 

Feeling extra bright in this yellow get-up by @blancheur_co

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

 

Neelofa yang juga penerima anugerah Bintang Paling Popular tahun lalu dilihat meneruskan momentum kecemerlangannya tahun ini pabila dia turut mengungguli di beberapa majlis anugerah seperti Anugerah Bintang Popular, Anugerah Meletop dan juga dua trofi di Anugerah Stail EH! yang mana menyaksikan dia membawa pulang dua trofi, iaitu untuk kategori Selebriti Wanita Paling Bergaya dan juga anugerah keseluruhan, Anugerah Stail EH! 2017.

 

 

Antara selebriti Malaysia yang mempunyai pengikut di Instagram tertinggi ialah Scha Alyahya (3.8 juta), Elfira Loy (3.6 juta), Hanis Zalikha (3.6 juta) dan Nelydia Senrose (3.1 juta).

 

Don't be looking so blue, the weekend is 2 days away!

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link