Neelofa Tidak Melarikan Diri Tetapi Bersikap Profesional

Neelofa yang dilihat bercuti di Koh Samui, Thailand baru-baru ini menjelaskan yang mana dia tidak langsung mengetahui akan perancangan percutian Fattah Amin dan Fazura di pulau yang sama.

 

Gambar : Instagram Neelofa

 

Ketika terserempak dengan pasangan selebriti itu di lapangan terbang, Neelofa sebenarnya bukan berniat untuk melarikan diri dari mereka, namun dia cuba bersikap profesional sebenarnya. Bahkan, ada sesetengah pihak yang menyalahkannya kerana Fattah terpaksa menukar jadual penerbangannya ke destinasi yang sama.

 

“Kalau saya jadi mereka, saya akan terus saja naik pesawat yang sama kerana saya takkan buat perkara yang membahayakan mereka. Itu pendapat peribadi saya saja. Kami berselisih pada jam 6.30 pagi di lapangan terbang ketika saya hendak mendaftar masuk bagasi dan kali kedua terserempak di bahagian menunggu,” ujar pengacara program MeleTOP itu kepada BH Online.

 

Off to another part of Thailand ?

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

 

Neelofa menyatakan yang mana perancangan percutiannya itu sudah agak lama serta urusan penempahan penginapan juga telah dilakukan awal. Aktres ini meneruskan juga percutiannya bersama teman-teman kerana bagi Neelofa dia sudah lama berhasrat untuk berehat seketika.

 

“Saya sudah lama merancang untuk bercuti, sejak 16 Jun lalu, dan segala urusan penginapan sudah ditempah pada tarikh itu. Saya meneruskan juga percutian kerana sudah lama berhasrat untuk berehat.

 

“Saya tidak buat apa-apa kesalahan, tidak rasa diugut atau sesiapa akan mencederakan saya. Saya hanya mahu pergi bercuti dan merehatkan minda. Tiada sebarang ‘drama’ atau ‘babak’ berlaku,” jelasnya.

 

Usahawan berjaya ini turut mengaku terkejut pabila isu diperbesarkan oleh sesetengah pihak sehingga dirinya dituduh sengaja merosakkan momen percutian Fattah dan Fazura. Neelofa sebaliknya menganggap ia sebagai satu ujian dari Allah dan cuba berfikiran positif.

 

Ketika ditanya tentang satu post yang dimuat naik olehnya dengan kapsyen yang seakan berbaur sinis, Neelofa menjawab, “Satu itu sajakah? (sambil ketawa). It was just that, saya tidak muat naik apa-apa video atau tidak mahu sesiapa termasuk pengikut terasa sebagai ia satu ‘peraduan’. Seperti orang lain, saya hanya menggunakan laman sosial untuk akses dengan peminat, untuk beri inspirasi dan memasarkan produk serta jenama saya. Tidak untuk lawan itu ini. Ia adalah landasan yang semua orang gunakan dan setiap kapsyen adalah saya yang sebenar, bukan untuk menjadi orang lain atau untuk buat orang suka mahupun benci. Apa saya kongsikan, itulah saya,” katanya.

 

Don't make me change your plans ??

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link