Netizen Kagum Chanel Sanggup Peruntuk US$3,700 Semalam Untuk Kamar G-Dragon Di Paris

Keterujaan peminat terhadap sesetengah selebriti yang mereka sukakan kadang kala boleh sampai mengenal pasti segala maklumat terperinci tentang lokasi penginapan selebriti tersebut, hanya berdasarkan sedikit perkongsian di laman sosial.

 

capture-20161208-180526

 

Netizen cukup kagum dengan Chanel kerana sanggup berhabisan untuk tempat penginapan bintang Korea G-Dragon kala terbang di Paris untuk menghadiri acara pertunjukan fesyen Chanel’s Metiers D’arts baru-baru ini.

 

g-dragon_1481128214_af_org

 

Peminatnya dapat mengenal pasti yang mana bilik yang G-Dragon tinggal di sebuah hotel mewah di Paris berharga lebih kurang US$3,700 untuk satu malam!

 

capture-20161208-180634

 

Perkara berkenaan mula diketahui peminat apabila bintang K-pop ini telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun media sosialnya sepanjang dia menetap di situ.

 

G-Dragon turut mengucapkan terima kasih kepada jenama fesyen mewah dunia itu menerusi laman media sosial.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link