“Selepas ini giliran saya pula, doakan.” – Neelofa

Selamat sudah majlis perkahwinan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila bersama pasangannya Sharnaaz Ahmad. Namun dalam masa yang sama, Neelofa turut berharap yang peminatnya mendoakan jodohnya pula. 

 

Neelofa bersama saudara lelakinya. Gambar : Instagram Neelofa

 

Menerusi akaun Instagram miliknya, Neelofa telah memuat naik sekeping gambar ketika majlis malam berinai Nabila. Tulisnya pada kapsyen gambar tersebut adalah “Selepas ini giliran saya pula, doakan.”

 

Gambar yang mendapat hampir 160,000 ‘likes’ itu turut dibanjiri dengan komen-komen dari peminatnya yang mendoakan supaya jodohnya akan sampai tidak lama lagi.

 

Bahkan, ada juga yang mengusiknya dengan meletakkan nama Fattah Amin serta seorang kerabat diraja di dalam ruangan komen tersebut.

 

Umum tahu yang hubungan cinta antara Neelofa dan Fattah Amin telah pun berakhir dan kini kecoh pula berita mengaitkan Neelofa dengan seorang kerabat diraja tetapi masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

 

Pada masa yang sama ketika meraikan malam perkahwinan kakaknya itu, Umie Aida serta Hanez Suraya turut memuat naik gambar bersama Neelofa berserta kapsyen mendoakan jodohnya supaya cepat tiba.

 

Next ur turn ya babe.. I doakan.. InsyaAllah.. Amin

A post shared by Mummy to Putri Aleesya (@hanezsuraya) on

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link