No More Ummi Nazeera

“Saya anggap ini sebagai rebranding,” kata gadis cover EH! isu Februari, yang kini hanya mahu dikenali sebagai Nazeera Musa dan meninggalkan nama lamanya seiring menutup lembaran 2010.

Malah di Australia saya memperkenalkan diri dengan nama Nazeera. Lagi pun orang di sini (Australia) sukar menyebut Ummi, mereka sebut jadi ‘Yummi’..haha.

 

 

 

Nazeera yang tampil pada sesi penggambaran cover EH! kali ini banyak membicarakan perkembangan kerjaya lakonannya kini termasuk cara tersendiri si gadis genit berusia 20 tahun ini menangani kontroversi yang sememangnya banyak meninggalkan kenangan pahit dalam hidupnya.

Mungkin, itu juga menjadi antara sebab nama diperbaharui untuk tekad mengorak langkah dengan semangat baru.

“Saya mahu standardize kan penggunaan nama Musa, abang dan mama juga menggunakan hujung nama yang sama. Musa adalah nama datuk saya. Kami bertiga amat mengagumi dan menghormati datuk. Datuk sumber inspirasi kami.”

 

 

 

Pelajaran tetap no.1

Namun, dalam kesibukannya memenuhi tuntutan tawaran ramai pengarah drama dan filem tanah air, pelakon muda ini tetap mengutamakan pelajaran tanpa timbul rasa kesal melupakan seketika dunia lakonan.

Katanya, tamat pengajian pun ketika umur 23 tahun, masih tidak terlambat untuknya berusaha mencapai tahap yang diinginkan.

“Buat masa ini pelajaran adalah fokus utama. Tidak timbul soal rugi atau tidak. Jika betul orang kata saya ada bakat, habis pengajian nanti tentu ada yang menawarkan berlakon,” katanya yang menyambung pengajian di Australia.

 

Heroin Merong Mahawangsa

Mungkin juga tidak ramai yang tahu, Nazeera merupakan heroin untuk filem terbaru arahan Yusry KRU, Merong Mahawangsa. Oh, bertuahnya badan. Selepas tiga kali casting, rezeki memikul watak Embok menjadi miliknya sekaligus mengatasi ramai pelakon lain yang khabarnya turut sama mencuba nasib.

“Oh tentu sekali saya bersyukur. Bukan mudah hendak dapat peluang ini,” ujarnya yang percaya ciri wajah Melayu asli yang dimiliki menjadi batu loncatan untuknya memegang big role itu.

Sungguhpun begitu, Nazeera tidak pernah terlepas daripada menjadi ‘mangsa diskriminasi’ hanya disebabkan dia dibesarkan di kalangan keluarga berada.

Faktor itu secara tidak langsung mengundang rasa malu mereka dari dunia hiburan untuk mendekatinya sekalipun untuk sekadar berkawan. Namun, adakah benar tanggapan ‘anak orang kaya memang memilih untuk berkawan’ dipersetujuinya?

Ikuti jawapannya dalam artikel penuh diiringi gambar anggun Nazeera Musa dalam majalah EH! keluaran Februari 2011 yang kini di pasaran.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link