Noreen Noor Meninggal Dunia

Perginya seorang lagi pelakon dan penyanyi terkenal era 80an yang popular dengan lagu  Siang Terbayang Malam Merindu iaitu Noreen Noor. Noreen yang disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 pagi semalam di Hospital Ampang Puteri menghembuskan nafas terakhirnya diusia 54 tahun akibat komplikasi buah pinggang.
 

noreen-noor

Gambar: facebook/noreendtwo.noor

 
Allahyarham meninggalkan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang wanita. Selain menyanyi, Allahyarham juga popular di layar perak dan filem pertama lakonannya, Talak diterbitkan pada tahun 1980. Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.
 

Share via
Copy link