Pasangan Selebriti Hollywood Terkaya 2013

Umum mengetahui, selebriti Hollywood yang berjaya pasti akan hidup senang dan kaya raya! Manakan tidak, pendapatan yang mereka perolehi bukan sahaja tertumpu dari negara tempat mereka bekerja, malah dari serata dunia! Makin bertambah kaya apabila selebriti berkahwin dengan selebriti. Jadi tidak hairanlah mereka mampu memiliki pulau peribadi sendiri. Majalah Forbes baru-baru ini menyenaraikan lima pasangat selebriti Hollywood dengan jumlah pendapatan dalam senarai teratas.
 
pasangan-selebriti-hollywood-terkaya-2013-5
 
Beyonce dan Jay Z
Dilabel sebagai the savviest business people in entertainment, Beyonce dan Jay Z menduduki tangga teratas dalam carta. Pasangan ini menerima jumlah pendapatan kira-kira AS$95 juta sekitar Jun 2012 sehingga Jun 2013 yang lalu. Dalam laporan yang sama, dinyatakan pendapatan Beyonce untuk setiap persembahan Ms. Carter World Tour mencecah AS$2 juta bagi satu-satu persembahan. Manakala Jay-Z menerima AS$1.4 juta bagi setiap persembahan jelajah dunianya. Berikut empat lagi pasangan selebriti yang menerima pendapatan tertinggi sepanjang tahun ini.
 
pasangan-selebriti-hollywood-terkaya-2013-1
 
Tom Brady dan Gisele Bundchen
Bundchen menerima bayaran sehingga AS$4 juta untuk setiap peragaan yang dilakukannya. Jumlah pendapatan Bundchen turut dibantu koleksi fit-flop di bawah kendalian syarikat Grandene dari Brazil. Manakala Brady pula menjadi duta jenama New England Patriot dengan kontrak sehingga AS$4 juta.
 
pasangan-selebriti-hollywood-terkaya-2013-2
 
Brad Pitt dan Angelina Jolie
Brad Pitt dilaporkan menerima AS$7 juta bagi komitmennya bersama wangian Chanel No.5 dan Jolie dikhabarkan sebagai aktres dengan bayaran tertinggi hari ini dan menerima sehingga AS$15 juta untuk filem terbarunya Maleficent.
 
pasangan-selebriti-hollywood-terkaya-2013-3
 
Ashton Kutcher dan Mila Kunis
Kutcher dinamakan sebagai pelakon TV yang menerima bayaran tertinggi untuk lakonannya dalam Two and a half Men. Mila Kunis pula menerima bayaran tinggi sejak kemunculan dalam Black Swan.
 
pasangan-selebriti-hollywood-terkaya-2013-4
 
Kanye West dan Kim Kardashian
Menerusi siri realiti TV, Keep Up With Kardashian, Kim menerima sehingga AS$10 juta setahun dan Kanye West mendapat bayaran yang cukup tinggi bagi siri jelajah promosi album terbarunya Yeezus.
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link