Peluang Menonton Terindah Anuar Zain

 

TERINDAH ANUAR ZAIN
 
Suria FM memberi peluang kepada 10 pendengar bertuah untuk menonton persembahan penyanyi tersohor tanah air, Anuar Zain di Minggu Setiausaha Terindah Anuar Zain.
 
Majlis ini akan berlangsung pada 29 April 2014, jam 12 tengahari di Hotel One World, Bandar Utama. Dan selaku rakan media bagi Minggu Setiausaha Terindah Anuar Zain, Suria FM menawarkan 10 tiket VIP yang bernilai RM2,500 setiap satu kepada 10 pendengar sekaligus berpeluang beramah mesra dengan Anuar Zain.
 
Peraduan memenangi tiket menonton Terindah Anuar Zain di Suria FM bermula pada 7 April 2014 sehingga 11 April 2014. Pendengar perlu mendaftar sebagai VIP Suria FM terlebih dahulu dan dengarkan segmen Ceria Pagi bersama Halim Othman dan Adibah Noor dari jam 5 pagi hingga 10 pagi.
 
Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, “Peraduan ini khusus untuk VIP Suria FM dan bagi yang belum mendaftar sebagai VIP Suria FM, inilah masanya. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada Terindah Anuar Zain dan mahukan pendengar Suria FM menikmati persembahan ini. Istimewanya lagi, Anuar Zain akan menjadi tetamu bagi Celebrity Room Ceria Pagi, Khamis 17 April 2014 dari jam 7.30 pagi hingga 9 pagi. Untuk maklumat lanjut layari www.suriafm.com.my
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link