Peluang Temui MBLAQ!

 

Pesanan istimewa yang dirakam eksklusif buat peminat MBLAQ daripada Mir, Seungho dan G.O.
 
Jika anda peminat Seungho, Lee Joon, G.O, Thunder dan Mir, tentunya tidak mahu lepaskan peluang keemasan ini untuk bertentang mata dengan idola K-pop ini di Seoul, Korea Selatan. Kumpulan MBLAQ bukan saja hebat beraksi di pentas tetapi turut menampilkan lagu-lagu menarik serta mengungguli carta muzik tempatan serta serata Asia dan dunia. Malah anggota kumpulan ini juga melebarkan sayap mereka dalam pelbagai cabang seni lain seperti Lee Joon yang kini diiktiraf antara pelakon muda berkaliber selain ahli lain yang mendapat peluang mengembangkan bakat dalam pelbagai tawaran lakonan, duta produk serta pelbagai program realiti tv.
 
Sunsilk telah bekerjasama dengan MBLAQ memberi peluang kepada tiga peminat bertuah bagi mengikuti lawatan Sweet Trip ke Seoul, Korea. Untuk memenangi peluang lawatan ke Seoul selama tiga hari, dua malam ini, mereka dijemput untuk menyertai pertandingan Sunsilk Sweet Trip ini yang berlangsung dari sekarang hingga 18 Mei 2014.
 
Sunsilk. Sweet Trip
Berikut adalah cara-cara untuk menyertai keseronokan ini:
 
1. Tonton video Sunsilk Pretty Like Me.

2. Muat turun lagu tema Sunsilk Pretty Like Me.

3. Rakam video anda selama satu minit.

a) Rakamkan gerak tari anda yang terbaik selama 30 saat dengan lagu Pretty Like Me.

b) Dalam masa 30 saat, beritahu kami kenapa anda mahu Sunsilk membantu anda untuk berjumpa dengan MBLAQ.

4. Muat naik video anda ke YouTube.

5. Hantarkan link kepada video anda, butir-butir peribadi dan bukti pembelian barangan Sunsilk sebanyak RM20.00 (termasuk satu Sunsilk Leave-On Cream) dari mana-mana cawangan Watson Malaysia.
 
Sunsilk. Sweet Trip. How to join

Tiga pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai lawatan Sweet Trip ke Seoul, Korea di mana mereka akan berjumpa dengan ahli kumpulan MBLAQ. Lebih mengujakan setiap pemenang juga dapat membawa seorang teman untuk berkongsi keriangan ini bersama! Untuk maklumat lanjut sila ke www.facebook.com/SunsilkMalaysia.
 
Anyeonghaseyo!
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link