Penyanyi Indonesia, Glenn Fredly Meninggal Dunia

Gambar kompas.com

Khabar duka bertebaran seluruh nusantara malam tadi, membawa khabar penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly sudah mengembuskan nafas terakhirnya. Pelantun yang mahsyur dengan lagu ‘Januari’ itu meninggal dunia semalam (8 April), pada jam 6 petang waktu tempatan.

Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh sahabat Glenn sendiri, penyanyi Tompi. Media Indonesia melaporkan Glenn meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta pada usia 44 tahun akibat sakit meningitis.

Glenn dan isterinya, Ayu Mutia

Dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975, Glenn baru sahaja menimang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut, Ayu Mutia tahun lalu. Anaknya itu baru sahaja berusia 40 hari.Glenn melancarkan karier nyanyiannya usai memenangi pertandingan nyanyian ‘Cipta Pesona Bintang’ pada tahun 1995.

Di Malaysia, Glenn cukup dikenali dengan lagu Cukup Sudah, Januari, Akhir Cerita Cinta dan banyak lagi. Tahun lalu Glenn melancarkan album berjudul ‘Romansa Ke Masa Depan’. Selamat jalan Glenn.

Share via
Copy link