Psy Akan Turun Ke Malaysia!

Siapa sangka artis Korea, Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style akan mengadakan persembahan di Malaysia dalam masa terdekat ini? Menurut sumber, Psy merupakan salah seorang artis yang akan berkongsi pentas dengan artis-artis luar ternama seperti Rita Ora, Prodigy, Fun., Bloc Party dan ramai lagi untuk Future Music Festival Asia pada Mac 2013 nanti.

Future Music Festival Asia bakal berlangsung selama dua hari iaitu 15 (Jumaat) dan 16 Mac 2013 (Sabtu). Lokasi acara masih belum diumumkan. Nantikan update kami yang seterusnya.

Kalau anda masih belum pandai menari tarian Gangnam, berlatih dari sekarang. Oppa gangnam style!

Untuk maklumat lanjut tentang Future Music Festival Asia, ikuti update mereka di Facebook dan www.futuremusicfestival.asia.

Gambar PopCrush (www.popcrush.com)

 

KEMBARA MUZIK INNUENDO >>

Share via
Copy link