Putera Harry Diminta Bayar RM10 Juta dan Gelaran Yang Mulia Dilucutkan

Istana Buckingham membuat satu kenyataan bahawa Pasangan di-Raja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle dikehendaki membayar semula Geran Kedaulatan (Sovereign Grant). Geran tersebut adalah duit yang diperoleh Ratu Elizabeth menerusi pembayaran cukai rakyat setiap tahun yang telah digunakan untuk kos ubah suai kediaman rasmi mereka di London selepas mereka membuat pengumuman untuk mengundurkan diri dari Istana. Khabarnya jumlah wang yang perlu dibayar ialah lebih kurang RM10.8 juta.

Putera Harry dan Meghan Markle sewaktu melawat Melbourne, Australia pada Oktober 2018.

Dalam masa yang sama juga Harry dan Meghan kini tidak lagi memegang gelaran di-raja yakni His Royal Highness dan Her Royal Highness (Yang Mulia). Dan Harry juga akan melepaskan tiga jawatan ketenteraan dan juga duta belia Komanwel.

Keputusan mereka berdua pada awalnya mendapat tentangan keluarga di-raja Britain namun selepas beberapa bulan berbincang keputusan mereka diterima dengan hati terbuka. Ratu Elizabeth II melahirkan rasa senang hati baginda dengan keputusan yang dilakukan oleh pasangan itu.

“Harry, Meghan dan anak mereka Archie akan sentiasa berada dalam ingatan saya dan saya sentiasa menyayangi mereka,” jelas Ratu Britain, Elizabeth II dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link