Rakam Filem The Lion King, Netizen Mahu Neelofa Disaman!

Tindakan pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa merakam filem The Lion King di panggung wayang sebelum ini mendapat perhatian ramai khususnya pengguna media sosial. Perkara itu juga menyebabkan wujud segelintir netizen berasa kurang senang di atas perbuatannya itu.

 

 

Menerusi laman Twitter miliknya, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menjelaskan yang beliau tiada niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta kerana sebagai seoarang selebriti beliau amat menghormati hak harta intelektual.

 

 

Tambah Neelofa, tindakannya itu hanya sekadar mahu memberikan sokongan terhadap filem berkenaan malah turut teruja dan mahu ramai rakyat Malaysia menonton filem tersebut.

 

Menurutya, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini dan berharap segala kesulitan yang berlaku dapat memberi pengajaran kepada orang di luar sana.

 

Terdahulu, salah satu rangkaian panggung wayang di Malaysia Golden Screen Cinemas (GSC) turut bersuara berkenaan isu ini malah telah melaporkan perkara ini ke pihak penerbit (Disney) untuk tindakan selanjutnya.

 

 

Bagaimanapun, wujud segelintir warganet beranggapan bahawa Ikon Muslimah itu wajar dikenakan tindakan yang setimpal kerana perbuatannya itu adalah salah di sisi undang-undang.

 

 

Gambar: Rotikaya

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link