Rihanna Sudah Bertunang Dengan Teman Lelaki Billionaire?

Rihanna dilihat menyarungkan cincin berlian di jari manisnya. Adakah kini bergelar tunang kepada billionaire, Hassan Jameel? Jawapannya di rencana ini.

 

Gambar : Sumber Google

 

Outfit terkini Rihanna telah menjadi tumpuan ramai yang mungkin anda terlepas pandang akan sesuatu yang lain pada look penyanyi itu, iaitu sebentuk cincin berlian gergasi yang disarungnya di jari manis.

 

Bintang itu dilihat di persembahan Chris Rock yang terletak di Madison Square Garden New York City yang memakai cincin antik berona coklat dengan berlian rekaan Doyle & Doyle di jari tangan kirinya.

 

 

Namun ketika menghadiri persembahan itu, Rihanna tidak ditemani teman lelakinya yang merupakan seorang usahawan dari Arab Saudi iaitu Hassan Jameel tetapi mereka dikatakan telah berjumpa baru-baru ini.

 

Sementara ramai yang mempersoalkan tentang cincin di jari manis penyanyi terkenal itu, menurut sumber portal PEOPLE, cincin berlian itu bukanlah cincin pertunangan.

 

 

Rihanna dan Hassan mula dikhabarkan bersama pabila mereka dilihat bercumbuan ketika percutian pada musim panas lalu di Sepanyol. Hassan merupakan pewaris kepada dinasti bisnes Arab Saudi iaitu Abdul Latif Jameel.

 

Syarikat tersebut mempunyai hak dalam menjual kenderaan keluaran Toyota Motor di Arab Saudi dan beberapa negara Timur Tengah lain dan Hassan berkhidmat sebagai presiden organisasi amal di dalam syarikat, Community Jameel.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link