Rindu Awak 200% Drama Pilihan DFKL 2015

Oleh: Farhana Fuad

 

 

IMG_0353 625

 

Kemuncak Anugerah Drama Festival KL 2015 berlangsung dengan jayanya malam tadi di Pusat Konvensyen Shah Alam. Majlis anugerah yang berprestij ini dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selebriti terkenal tanah air serta para peminat. Persembahan-persembahan yang berunsurkan drama juga turut dipersembahkan oleh para pelakon melalui adegan-adegan yang mencuit hati serta menghiburkan.

 

IMG_0339 625

 

IMG_0333 450

 

IMG_0330 450

 

IMG_0324 450

 

IMG_0322 450

 

DFKL kali ini merupakan tahun yang kedua penganjurannya. Para pemenang bagi setiap kategori diadili penuh dari undian penonton melalui laman web rasmi DFKL iaitu www.dfkl.com.my.

 

IMG_0319 450

 

IMG_0315 450

 

IMG_0312 450

 

IMG_0308 450

 

IMG_0295 450

 

IMG_0294 450

 

IMG_0289 625

 

DFKL 2015 membawa tujuh jenis kategori secara keseluruhannya serta ditambah bersama kategori Drama pendek Pilihan yang dibuka penyertaannya secara umum di khalayak ramai. Antara kategorinya adalah Penulis Skrip Drama Pilihan, Barisan Pelakon Drama Pilihan, Pengarah Drama Pilihan, Pelakon Wanita Drama Pilihan dan Pelakon Lelaki Drama Pilihan. Tahniah buat para pemenang. Berikut  adalah pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang dicalonkan:

 

 

Penulis Skrip Drama Pilihan

Nieza Nahar – Rindu Awak 200%

 

 

Barisan Pelakon Drama Pilihan

Selamat Pengantin Madu

 

 

Pengarah Drama Pilihan

Aidilifitri Mohamed Yunus

Rindu Awak 200%

 

 

Pelakon Wanita Drama Pilihan

Amyra Rosli

Kristal Maya

 

 

Pelakon Lelaki Drama Pilihan

Zul Ariffin

Rindu Awak 200%

 

 

Hero & Heroin Drama Pilihan

Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose

 

 

Drama Pilihan

Rindu Awak 200%

 

 

Drama Pendek Pilihan

Muhamad Haizad Hashim

Luahan Abah

 

 

Share via
Copy link