Robin Williams Dipercayai Membunuh Diri

"The Crazy Ones" Portrait Session

Gambar: TPGVIP

Pelakon komedi serta pemenang Anugerah Oscar, Robin Williams dijumpai mati di rumahnya di Tiburon, California.
Wakil pihaknya mengeluarkan kenyataan “Robin Williams meninggal dunia pagi ini. Beliau mengalami kemurungan yang teruk sejak kebelakangan ini. Ini adalah kejadian amat tragis yang berlaku secara tiba-tiba. Keluarganya meminta anda agar menghormati privasi mereka di waktu yang sukar ini.”

 

Williams yang berumur 63 tahun dipercayai bunuh diri. Panggilan kecemasan diterima oleh Pihak Berkuasa Kaunti Marin pada 11.55 pagi mengenai seorang lelaki yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tidak bernafas. Dia diisytiharkan mati pada jam 12.02 tengah hari. Pejabat Sheriff mengatakan kali terakhir dia dilihat masih hidup adalah pada jam 10 malam oleh isterinya.
 
Selain terkenal dengan filem seperti Good Will Hunting dan Jumanji, legenda komedi itu juga merupakan seorang pelawak standup yang berjaya. Tahun lalu juga telah menyaksikan kembalinya beliau ke kaca televisyen melalui siri The Crazy Ones bersama aktres Sarah Michelle Gellar.
 
Kematiannya adalah kehilangan besar kepada industri perfileman Hollywood serta arena lawak antarabangsa.

Share via
Copy link