Rozita Binti Roslan Juara BMW Shorties

BMW-22-1024x682

Gambar: BMW Shorties

 

Filem pendek oleh Taufiq Kamal Abd Rahman yang berjudul Rozita binti Roslan menang besar di malam anugerah BMW Shorties 2014 yang berlangsung pada 10 Disember lalu. Karya durasi 10 minit itu berkisar kisah cinta dua individu mengatasi 67 penyertaan lain dan membawa pulang RM75,000 dana penerbitan daripada BMW Group Malaysia.
 
Kisah mengenai Ilham, seorang pemuda dan persekitarannya membawa penonton ke alamnya yang sinonim dengan gaya hidup warga kota yang melalui cinta, perhubungan serta berdepan dengan harapan, kehilangan dan juga ketakutan. Interpretasi kisah cinta yang mengetengahkan sudut yang unik dalam persembahan genre dan mesej menjadikan ia sebuah karya yang terkesan buat barisan juri profesional serta popular oleh pengundi umum yang turut menobatkannya filem pendek ini sebagai pemenang pilihan orang ramai.
 
“Masih sukar nak percaya kerana kami tidak menjangka kemenangan sebegini. Mulanya ia sebuah projek yang kami mahu hasilkan kerana minat masing-masing dalam pembikinan filem. Alhamdulillah ia telah membawa kami ke BMW Shorties 2014,” kata Taufiq yang juga dinobatkan Anugerah Pengarah Terbaik.
 
Filem pendek lakonan Zul Aziz dan Nadia Nash ini juga membawa pulang Anugerah Suntingan Terbaik dan juga Anugerah Penataan Bunyi Terbaik.
 
“Inspirasi kami datang dari orang di sekeliling kami, apa yang berlaku dalam kehidupan, kasih sayang dan impian. Kami mahu menyampaikan sebuah kisah menggunakan elemen ini dalam cara kami yang tersendiri berlatarkan cinta dan perhubungan,” jelas Firdaus Karim selaku pengarah fotografi, penulis skrip dan penerbit.
 
Proses pembikinan bermula dari merangka ilham, penulisan skrip, merancang jadual, penggambaran dan pos produksi mengambil masa kira-kira sebulan untuk menghasilkan Rozita binti Roslan. Saksikan filem pendek ini…

 

 

Senarai pemenang BMW Shorties 2014

Grand Prize Award

‘Rozita binti Roslan’ by Taufiq Kamal bin Abd Rahman

People’s Choice Award

‘Rozita binti Roslan’ by Taufiq Kamal bin Abd Rahman

Best Director Award

Taufiq Kamal bin Abd Rahman in ‘Rozita binti Roslan’

Best Actor Award

Isaac Hor in ‘Unlock’

Best Actress Award

Siti Nur Afyqah Aryani in ‘Khatijah’

Best Cinematography Award

Andy Tan in ‘Mama’

Best Editing Award

John Hafiz in ‘Rozita binti Roslan’

Best Screenplay Award

Mohd Khairul Azri bin Md Noor in ‘Pejam Pelik’

Best Sound Design Award

Mohsin Othman in ‘Rozita binti Roslan’

Best Production Design Award

Muhammad Ezir bin Abd Rahman in ‘Putus’

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link