Rumahtangga Avril Lavigne Dilanda Badai

Oleh: Mujahid Saddam

FL: Y100's Jingle Ball 2013 Presented by Jam Wireless Speakers - Press Room

Gambar: TPGVIP

Selepas lebih setahun melangsungkan perkahwinan, rumahtangga Avril Lavigne bersama ahli kumpulan Nickleback, Chad Kroeger dilaporkan sedang menghadapi masalah.

Menurut sumber dari E! News, pasangan rock itu dikatakan menghadapi pelbagai isu serta sering bergaduh. Malahan Chad dikatakan telah memberitahu teman-temannya bahawa mereka akan bercerai.

Pasangan itu mula bercinta pada tahun 2012 sebelum berkahwin pada Julai tahun lalu. Mereka turut sama berkolaborasi dalam album terbaru Avril dengan mengeluarkan lagu duet “Let Me Go”.

 

Avril sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli kumpulan Sum 41, Deryck Whibley pada tahun 2006 sebelum bercerai pada tahun 2009. So much for her happy ending…

Share via
Copy link