Selepas Tiga Tahun, Dennis Lau Bakal Kembali Beraksi Di Atas Pentas Bersama Lapan Bintang Popular

Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)

 

Selepas kejayaan konsert sulungnya pada tahun 2016, pemuzik kelahiran Ipoh, Dennis Lau kini kembali dengan konsert yang menampilkan barisan penyanyi seperti Aisyah Aziz, Jeryl Lee, Dewi Seriestha, Lee Elaine, Jimmy Sax, Dennis Yin, NAMA, dan Fara Dolhadi.

 

 

 

Konsert yang diberi nama Dennis Lau & Friends: The Chosen ini merupakan satu representasi kepada kematangan Dennis daripada segi muzikal dan spiritual yang pasti akan membawa penonton ke dunia yang penuh dengan peluang, cinta, dan keharmonian.

 

‘The Chosen’ dipilih sebagai tema konsert ini kerana bagi Dennis, setiap individu telah dipilih untuk satu tujuan dalam hidup, iaitu untuk menyumbang kepada kebaikan. Selari dengan tema tersebut, Dennis turut menjalankan kolaborasi bersama Teach For Malaysia untuk program ‘Give Back’ yang dijalankannya.

 

Kolaborasi itu merupakan program yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar terpilih untuk mempelajari tentang muzik.

 

Konsert ini akan diadakan pada 29 Jun 2019 bertempat di Mega Star Arena, Viva Mall dan sebahagian daripada hasil jualan tiket akan didermakan kepada organisasi Teach For Malaysia.

 

Harga tiket bermula daripada RM99 sehingga RM999. Sebarang maklumat lanjut mengenai konsert ini boleh didapati di laman web rasmi Ticketcharge www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603-92228811.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link