Senarai 10 Selebriti Dengan Jumlah Pengikut “PALSU” Tertinggi Di Instagram!

Gambar: gq.com.au

 

Barangkali sukar untuk menafikan bahawa media sosial kini memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian, tidak kira samada para selebriti mahupun pengguna di zaman ini. Salah satu rangkaian media sosial yang popular ketika ini adalah Instagram.

 

Platform media sosial ini amat popular dalam kalangan pengguna khususnya barisan selebriti antarabangsa yang tidak lekang berkongsi gambar dan video mengenai aktiviti harian serta kerjaya seni mereka buat tatapan pengikut di laman berkenaan.

 

Namun, industri hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita mengenai pengikut palsu yang dimilik golongan selebriti antarabangsa ini menerusi aplikasi IG audit iaitu Internet Control Message Protocol (ICMP) yang boleh mengesan peratusan pengikut palsu di Instagram.

 

Menurut laporan media antarabangsa Allkpop.com, siasatan menunjukan bahawa akaun milik Ellen DeGeneres mempunyai peratusan pengikut palsu tertinggi di Instagram, malah Ariana Grande, Kim Kardashian dan Taylor Swift juga antara selebriti yang turut terpalit dalam siasatan ini.

 

Lebih mengejutkan, kumpulan K-pop tersohor dunia, BTS turut berada dalam senarai tersebut. Meskipun BTS mempunyai peminat di seluruh pelosok dunia yang terkenal dengan jolokan “ARMY”, namun akaun milik kumpulan yang dianggotai oleh 7 jejaka Korea itu berada pada tangga kedua dengan catatan 49%.

 

Oleh itu, EH! senaraikan 10 selebriti antarabangsa yang memilik pengikut palsu tertinggi di laman Instagram.

 

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Ellen DeGeneres – 49%

 

View this post on Instagram

Peekaboo. #EV1 @walmart

A post shared by Ellen DeGeneres (@theellenshow) on

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link