Shaheizy Sam Kembali Bergelar Bintang Paling Popular ABPBH2014

Oleh: Farhana Fuad

 

 

IMG_1524 650

 

 

Majlis malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di Arena of Stars, Genting Highland malam tadi. ABPBH tahun ini membawakan tema ‘cinta’ yang ditaja platinum oleh Zarra Sinar Puteri, produk kecantikan yang kian hangat di pasaran.

 

IMG_1556

 

Malam yang dinanti-nanti telah tiba dan kali ini Shaheizy Sam kembali merangkul trofi Bintang Paling Popular di anugerah yang berprestij ini. Dengan membawa pulang sebuah trofi berserta sebuah kereta Toyota Camry Hybrid sumbangan dari UMW Toyota Motors. Ianya merupakan kemenangan kali ke-3 buat Shaheizy Sam merangkul gelaran Bintang Paling Popular  iaitu sebelum ini pada tahun 2010 dan 2012. Bahkan, Sam turut memenangi anugerah bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular di majlis kemuncak ABPBH2014 ini.

 

IMG_1346

 

EH! kongsikan senarai penuh pemenang ABPBH2014.

 

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2014

Shaheizy Sam

 

 

Artis Baharu Lelaki Popular 

Hafreez Adam

 

 

Artis Baharu Wanita Popular

Ayda Jebat

 

 

Pengacara TV Lelaki Popular

Datuk Aznil Nawawi

 

 

Pengacara TV Wanita Popular

Neelofa

 

 

Penyanyi Lelaki Popular

Akim

 

 

Penyanyi Wanita Popular

Adira

 

 

Pelakon TV Lelaki Popular

Shah Iskandar

 

 

Pelakon TV Wanita Popular

Nad Zainal

 

 

Pelakon Filem Lelaki Popular

Shaheizy Sam

 

 

Pelakon Filem Wanita Popular

Siti Saleha

 

 

Artis Komedi Lelaki Popular

Abam

 

 

Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias

 

 

Penyampai Radio Lelaki Popular

Johan (Era.fm)

 

 

Penyampai Radio Wanita Popular

Fara Fauzana (Hot.fm)

 

 

Artis Paling Kontroversi

Sharnaaz Ahmad

 

 

Pasangan Selebriti Romantis

Awal Ashaari dan Scha Alyahya

 

 

Artis Wanita Stailo

Datuk Siti Nurhaliza

 

 

Artis Lelaki Stailo

Zul Ariffin

 

 

Gandingan Serasi di Layar

Zul Ariffin dan Ayda Jebat

 

 

Personaliti Popular

Faiz Dickie

 

 

Share via
Copy link