Gegarkan Pentas Superbowl Halftime Show, Tiada Bayaran Untuk Shakira Dan J.Lo

EH! masih tak boleh move on dengan halftime show Shakira dan J.Lo! Dua penyanyi Latin ini bergandingan untuk membuat halftime show tahun ini. Ternyata keputusan NFL untuk memilih Shakira dan J.Lo sangat tepat kerana they totally killed it!

Foto: Forbes

Untuk pengetahuan anda, Shakira dan J.Lo tidak mendapat sebarang bayaran kerana NFL tidak pernah membayar artis yang datang untuk membuat persembahan ini. Mereka hanya menanggung kos produksi saja.

Foto: Billboard

Jurucakap NFL menjelaskan kepada Forbes, “Kami tidak memberi bayaran kepada artis yang hadir. Kami hanya membayar perbelanjaan dan kos produksi.” Jadi, setiap artis yang bersetuju untuk membuat halftime show melihat ini sebagai satu peluang untuk mempromosikan muzik dan kerjaya mereka.

Foto: Billboard

J.Lo sangat gembira dengan persembahannya, “Sejak saja melihat Diana Ross beraksi di Halftime Show, saya ingin menjadi seperti itu. Dan kini ia lebih istimewa bukan hanya kerana ia adalah ulang tahun ke 100 NFL, tapi juga saya dapat berkongsi pentas bersama Shakira.”

Tonton persembahan penuh mereka di sini:

Share via
Copy link