Siapa Menang Besar Di Malam #OSCAR2020, Kami Ada Senarainya

Pagi ini setiap laman sosial dibanjiri dengan gambar-gambar di karpet merah semasa di #Oscar2020 yang kami lihat kesemuanya tampak cantik dan memilih rekaan baju yang tepat dengan pesona dan bentuk tubuh mereka. Dan dengan rasa teruja kami mahu senaraikan filem yang menang besar dalam anugerah #OSCAR2020 pagi ini.

Kesemua calon yang dibariskan dalam senarai pencalonan tahun ini ternyata punya tarikan tersendiri, dan kami di EH! amat teruja bila meilhat dua filem Parasite dan 1917 yang menjadi antara filem yang paling banyak dicalonkan dalam Oscar tahun ini. Turut teruja pabila kategori Best Actress dan Best Actor dibarisi pelakon legenda antaranya Renee Zellweger, Scarlett Johansson, Leonardo DiCaprio dan Antonia Banderas.

Meneliti senarai pemenang  tahun ini kami merasa setiap dari mereka sememangnya layak membawa pulang trofi Oscar ini, antaranya adalah Renne Zellweger yang memenangi kategori Best Actress dan juga Lauren Dern yang memenangi Best Supporting Actress buat filem Marriage Story. Teruskan keterujaan ini dengan menekan butang next di bawah untuk mengetahui pemenang kategori utama buat #Oscar2020

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Parasite

Memenangi anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Filem Asing Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik & Lakon Layar Terbaik.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link