Sibuk Dengan Kerjaya, Nick Jonas Dan Priyanka Chopra Tangguh Hasrat Dapatkan Zuriat

Gambar: etcanada.com

 

Pasangan selebriti Hollywood terkemuka Priyanka Chopra dan Nick Jonas mendedahkan yang mereka mempunyai perancangan untuk mendapatkan zuriat namun perkara tersebut difahamkan bukan dalam masa terdekat.

 

Menerusi laporan Entertainment Tonight, sibuk dengan kerjaya masing-masing mendesak kedua pasangan ini untuk menangguhkan dahulu hasrat tersebut.

 

Selain jadual yang padat selepas kumpulan Jonas Brothers membuat kemunculan semula, Nick juga difahamkan sibuk dengan konsert jelajah mereka tidak lama lagi.

 

Menurut laporan daripada sumber terdekat, mereka tidak meletakkan satu tekanan untuk mendapatkan anak kerana pasangan itu dikhabarkan amat bahagia menikmati alam perkahwinan, bekerja dan melancong, namun tetap bersyukur andai dikurniakan rezeki tersebut.

 

View this post on Instagram

❤️

A post shared by Priyanka Chopra Jonas (@priyankachopra) on

 

Pasangan selebriti terkenal ini diraikan dalam sebuah majlis yang cukup meriah di Umaid Bhawan Palace, Jodhpur, India pada 1 Disember 2018 namun tular di media sosial apabila pasangan ini dilaporkan mahu bercerai selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.

 

Bagaimanapun laporan media antarabangsa menyatakan, Priyanka menegaskan spekulasi berkenaan adalah tidak benar.

 

Lebih menguatkan percintaan mereka, Nick pernah berkongsi hasratnya untuk memilik cahaya mata menerusi sebuah tembual bersama Spotify The Rewind Guy Raz sebelum ini.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link