Siti Nurhaliza Raih The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2019

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin antara yang terpilih menerima anugerah bagi The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2019 (100MIYE) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Sabtu lalu.

 

 

Siti yang hadir dalam persalinan serba merah itu menzahirkan rasa syukur di Instagram miliknya di atas kepercayaan sehingga membolehkannya menerima anugerah tersebut.

 

Lebih menarik, anugerah berkenaan disampaikan oleh “doctor kegemarannya”, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

 

 

Dalam pada itu, Siti juga turut berkongsi beberapa keping foto bersma Dr Mahathir dengan kapsyen “My Favourite Doctor”.

 

Sementara itu, beliau juga turut menyatakan bahawa anugerah berkenaan adalah khas buat anaknya, Siti Aafiyah Khalid.

 

 

Tambahnya lagi, semoga Siti Aafiyah menjadi insan yang berjaya dan bermanfaat kepada masyarakat.

 

Majlis yang turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof itu bertujuan mengiktiraf usahawan muda tempatan yang berani, kreatif dan inovatif dalam pelbagai bidang dan industri yang diceburi.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link