Skandal Gambar Bogel Selebriti Hollywood!

Gambar: TPGVIP
 
Gempar industri hiburan Hollywood apabila gambar bogel selebriti wanita mereka tersebar meluas di internet! Gambar-gambar milik peribadi selebriti itu telah digodam oleh pihak tidak bertanggunjawab menerusi user name, kata laluan serta soalan keselamatan yang digunakan selebriti tersebut dan seterusnya disebarkan untuk tontonan umum. Ramai selebriti wanita yang menjadi mangsa sehingga ianya turut menarik perhatian FBI untuk menyiasat kes itu. Antara selebriti yang terlibat adalah seperti Jennifer Lawrence, Ariana Grande, Kirsten Dunst dan ramai lagi. Mari ikuti reaksi mereka selepas tersebarnya gambar tersebut.
 
1. Jennifer Lawrence

''The Hunger Games: Mockingjay Part 1'' Photocall - 67th Cannes Film Festival 2014


Gambar bogel pemenang Oscar itu menunjukkan dia dengan pelbagai gaya rambut seperti dalam filem lakonannya iaitu X-Men dan The Hunger Games sekaligus menandakan gambar-gambar tersebut telah diambil sejak beberapa tahun yang lalu. Jurucakap pelakon berkenaan mengeluarkan kenyataan kepada E! News mengenai perkara tersebut, “Ini ternyata suatu bentuk pelanggaran hak asasi. Pihak berkuasa telah dihubungi bagi mendakwa mereka yang menyebarkan gambar curi Jennifer Lawrence itu.”
 
2. Kirsten Dunst

Inside Llewyn Davis Premiere

Bekas heroin filem Spiderman ini menggunakan Twitter bagi memberi respon terhadap kes tersebut, “Thank you iCloud.” Tweet sinis aktres tersebut mengenai aplikasi dari Apple itu. Apple menerusi kenyataan terbarunya menidakkan kes godam itu berkaitan dengan kelonggaran keselamatan aplikasi iCloud mereka.
 
3. Ariana Grande

2014 MTV Video Music Awards
Menerusi Twitternya, penyanyi genit itu dengan nada gurau berkata “Kepada anda yang sibuk melihat gambar bogel saya, semuanya adalah palsu! Punggung saya lebih comel daripada itu!”
 
4. Kate Upton

'Charles James: Beyond Fashion' Costume Institute Gala
Peguam model itu mengeluarkan kenyataan kepada Buzz Feed, “Ini secara jelas adalah suatu bentuk pelanggaran privasi klien kami, Kate Upton. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendakwa mereka yang menyebarkan serta menyimpan gambar yang diambil secara haram ini.”
 
5. McKayla Maroney

The 2013 ESPY Awards at the Nokia Theatre L.A. Live in Los Angeles

Gimnas muda ini turut menjadi mangsa penyebaran gambar bogel tersebut. Malah gambar miliknya diambil sewaktu dia masih dibawah umur. Dia mengeluarkan kenyataan melalui Twitter, “Terima kasih kepada peminat yang mempertahankan saya. Walaupun perkara ini agak kompleks, anda masih menyokong saya. Ianya sesuatu yang amat saya hargai.”
 
6. Mary Elizabeth Winstead

2014 VANITY FAIR
Pelakon yang dikenali menerusi filem Final Destination 3 ini meluahkan perasaannya di Twitter, “Kepada anda yang melihat gambar bogel saya bersama suami yang diambil beberapa tahun lalu di dalam privasi rumah kami, saya harap anda merasa hebat dengan tindakan tersebut.” Dia turut melahirkan rasa kecewanya, “Gambar tersebut telah dipadam sebelum ini. Saya hanya dapat membayangkan betapa teruknya usaha yang dilakukan bagi menyebarkan gambar-gambar ini. Saya turut bersimpati kepada mereka yang terlibat.”
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link