Suspen dan Ngeri, Rencah Menjadi Dalam Filem Fantasi Doctor Sleep

 

A movie that won’t let you sleep peacefully, Filem adaptasi novel ikonik Stephen King’s (sequel dari The Shining) Doctor Sleep boleh dikatakan filem ‘dark fantasy horror’ adaptasi novel terbaik yang pernah dihasilkan standing filem seram IT dan Sekuelnya IT2. Hasil dari pengarah filem seram popular yang pernah menghasilkan Ouija, Hush dan Before I Wake, Mike Flanagan menterjemah semula visual penceritaan dari novel ini dengan penuh misteri biarpun dengan sedikit twist pada penceritaan. Dari pilihan kostum, set, efek solekan 3D dan plot twist yang tidak diduga, EH! Percaya ia bakal jadi filem seram yang buat anda tidak senang duduk dan semestinya jadi kegemaran buat si pencinta filem seram.

 

Sejujurnya saya belum pernah lagi menyaksikan filem seram ikonik 80-an The Shining ini, tetapi boleh dikatakan filem sekuel ini mudah difahami, beberapa klip throwback dari filem lama yang diselitkan membuat jalan cerita penuh dengan info berkenaan peristiwa yang dialami di dalam filem The Shining, jadi tiada masalah untuk menontonya jika anda belum pernah menonton filem ‘The Shining’.

 

 

Filem ini menceritakan tentang Danny Torrance (lakonan Ewan MacGregor) yang masih trauma dengan kejadian ngeri yang dihadapinya semaca kecil dan bagaimana dia temui kedamaian selepas memasuki grup sosial anonymous untuk membaiki diri dari masalah alkohol. Namun kedamaiannya digangu apabila gadis kecil Abra (lakonan Kyliegh Curran) yang punyai kuasa luar biasa meminta pertolongan darinya untuk melawan kultus jahat Rose the Hat bersama pengikutnya dari terus memburu kanak-kanak yang memiliki keistimewaan yang digelar ‘Shining’. Pengembaran mereka melawan kultus ini merupakan klimaks dalam plot penceritaan, terutamanya semasa babak sengit Danny dan Abra merancang untuk pergi semula ke The Timberline Lodge yang merupakan hotel seram ikonik dari filem The Shining.

 

 

Mendapat undian 74 peratus dari Rotten Tomatoes, saya anggap filem ini lebih menjurus kepada ‘dark fantasy’ berbanding filem seram biasa biarpun penuh dengan babak kejutan berbanding filem seram yang pernah dihasilkan oleh Mike sebelum ini. Elemen aksi dan fantasi menjadikan penonton tertarik untuk terus menanti babak seterusnya. Watak penjahat yang dibawa oleh Rebecca Ferguson sebagai Rose the Hat juga merupakan highlight yang menghidupkan lagi suasana cemas dalam filem ini dan tidak dilupa juga efek suntingan 3D dan bunyi degupan jantung yang menghidupkan rasa suspen.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link