Takut Niat Tersasar, Lisa Surihani Belum Sedia Jadi Duta Tudung

Pelakon dan Pengacara popular, Lisa Surihani akui belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran sebagai duta tudung. Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed yang baru sahaja mula berhijab sekitar tiga minggu lalu difahamkan bersyukur menerima beberapa tawaran sebagai duta tudung kebalakangan ini.

 

Gambar: ROTIKAYA

 

Menurut sumber daripada Metro TV, Lisa dikatakan seolah belum bersedia untuk menerima tawaran berkenaan kerana gusar andai niatnya itu tersasar.

 

Takut termakan kata sendiri, Lisa sekali lagi tampil untuk tidak memberi kata putus sama ada mahu atau tidak menerima tawaran berkenaan.

 

View this post on Instagram

And it was all yelloww. And blue.

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on

 

Sementara itu, pelakon filem “I’m Not Single” itu juga turut berkongsi beberapa moment indah selepas nekad berhijrah. Lisa dikhabarkan menerima sedozen tudung daripada usahawan terkemuka, Datin Vivy Yusof yang juga pemilik kepada jenama tudung terkenal “Duck Scarves”.

 

Ujar Lisa, pemberian itu membuat ibunya terkejut kerana jumlah yang diterimanya itu di luar jangkaan, malah Direct Message (DM) di laman sosial Instagram miliknya juga turut dihujani pelbagai kiriman yang ingin menghadiahkannya koleksi tudung.

 

Tambahnya lagi, terlalu banyak hadiah yang diterima sehingga memaksa dirinya untuk berfikir bagaimana hendak menyusun segala pemberian tersebut secara rapi, Lisa sekali lagi amat berterima kasih di atas segala rezeki yang dikurniakan kepadanya.

 

Sejak pulang dari mengerjakan umrah tempoh lalu, beliau berasa amat dihargai kerana ramai dari kenalannya serta orang sekeliling sentiasa membantu sepanjang proses penghijrahan berlaku. Beliau juga turut menyatakan bahawa perkara seperti ini cukup menyentuh hatinya.

 

 

Terdahulu, Lisa dikatakan telah membuat kejutan istimewa buat peminatnya dengan menggantikan telekung baru selepas disahkan hilang semasa pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini.

 

Beliau yang berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom itu telah melangsungkan perkahwinan bersama bekas penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abd Halim pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link